From TZM to SCOOT

WAL-ASRI
SEMBANG-SAMBUNG

KAUM KERABAT KLD
 
APA KHABAR-SURAT KHABAR
 
Tuesday, February 21, 2006
BELAJAR 3 PERKARA
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yg bermaksud, belajar lah tiga perkara ia itu menunggang kuda, berenag, dan memanah.

Apa kelebihanya jika kita belajar ketiga-tiga perkara tu......sekarangkan dah zaman modan mana ada orang yang naik kuda lagi untuk kesuatu tempat, berenag untuk seberang tasik atau sungai atau laut, dan memanah untuk menembak.
semua ketiga-tiga perkara tadi dah dianggap oleh masyarakat dunia sebagai sudah dihanyut zaman perubahan kemodenan...kalau ada pun dah jadi aktiviti sukan dan untuk persembahan menggambarkan susuatu suku kaum atau budaya tersebut dizaman dahulu...
bagi mereka yang suka berfikir, merekan akan mencari keterangan tersirat disebaliknya yang boleh dirungkai menjadi satu peringatan dan pedoman yang tidak akan dan tidak boleh luput ditelan zaman walau secanggih mana sekalipun zaman ketika itu.. ia masih bersesuaian untuk pedoman dan panduan kita dimasa akan datang yang penuh dengan cabaran dan dugaan , tambahan pula kita ni orang yang beragama islam yang tidak boleh lari dari kepercayaan dan keimanan kepada ketuhanan (ALLAH)
disebalik kata-kata sabda rasulullah itu, memberi tiga ingatan dan pesanan yang amat penting buat semua umat beliau yang dikasihinya...
1) Menunggang Kuda...
Disebalik menunggang kuda itu bukan hanya bererti kita kena belajar mengunggang kuda sahaja. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah, rasulullah memaksudkan belajarlah menunggang nafsi kita, yakni nafsu kita diibaratkan seperti kuda tersebut. Jangan biarkan nafsu menggang kita, kelak kita akan diperintah oleh nafsu kita sendiri seterusnya hidup hanya mendengar bisikan nafsu semata-mata tanpa pedoman iman yang dikawal oleh nafsu kita. Akhirnya kita akan menjadi lebih teruk dari haiwan. Bayangkanlah jika kuda yang selalu kita tunggang sekarang dia menunggang kita pula....tak ke truk tu , kita dikawal dan di arah oleh bahasa kuda tu sendiri pulak, lepas tu kita disebat lagi dengan kuda tu.....Jadi perlulah kita menunggang nafsu kita, jangan biarkan nafsu kita menunggang kita. Setiap apa perbuatan dan gerak-geri kita haruslah mengawal nafsu kita...
Apa sudah terjadi dengan orang yang tidak boleh mengawal nafsu nya. Sekarang kita boleh lihat telah banyak kekejaman hasil dari perperangan..., pembunuhan, pencabulan, penindasan, perpecahan kaum, dan banyak lagi. Ini semua disebabkan oleh mereka-mereka yang ditunggang oleh nafsu mereka semata-mata dan hidup bagaikan tiada sifat kepercayaan kepada ketuhanan langsung...
2.) Berenang..........
Rasulullah bukan berpesan untuk menyuruh kita ni jadi seorang perenang negara seperti Danial Bego....atau pun perenang marathon seperti Dato Malik Maidin.Tidak dinafikan berenang dapat meningkatkan kecergasan 'cardiovascular system' kita.,tetapi apa yang baginda pesankan disini adalah supaya kita belajar berenang didalam lautan ilmu yang tidak ternilai banyak nya didunia ini lebih banyak dari apa yang ada kat nilai 3, walaupun selautan air laut dijadikan dakwat untuk menulis ilmu itu nescaya tidak akan cukup untuk menulisnya. Ini menggambarkan betapa banyaknya ilmu yang sudah melimpah di dalam dunia ini. Cuma kita harus bijak mencari,memilih dan mengamalkanya untuk bekalan dunia dan akhirat..
Adalah rugi sekiranya kita menjadi seperti ikan dilaut yang tidak dapat berenang untuk bergerak kemana-mana hinggakan hendak mencari makan pun susah, akhirnya ia mati di alamnya sendiri...
3.) Memanah........
Memang boleh dianggap mudah jika hendak menjadi 'sharp shooter' , tetapi itu cuma anggapan sahajan. untuk menjadi seperti itu pun memerlukan latihan yang penuh disiplin....Begitu jugalah yang dipesankan oleh baginda kepada kita umatnya..supaya kita memiliki matlamat hidup yang boleh disasarkan dengan tepat.
sebagai umat islam yang beriman dan percaya kepada ALLAH kita memiliki matlamat hidup kita di dunia dan akhirat, kan!.
cuba kita fikirkan orang yang menunggang basikal tanpa hala tujuan. Bukan matlamat dia hendak belumba, bukan hendak kemana-mana destinasi tujui, bukan nak sihatkan badan, tetapi tiada hala tuju yang di ingat hanyalah kayuh....kayuh...kayuh....tak tau sampai bila........Dia kayuh ditengah panas, hujan, debu , asap, lecah, lumpur, banjir (kalau boleh lepas),ribut,hinggakan makan dan minumnya pun diatas basikan tu gak.. akhirnya dia mati dilanggar lori kerana usianya yang semakin tua dan tenaga dan tumpuanya semakin lemah....
Apa kah yang diperolehi oleh sipengayuh basikan itu, cuma sakit, penat,keringat yang terbuang, halangan yang ditempuhi tanpa haluan punca,dan akhirnya tiada destinasi yang ditujui nak kata sakit mental dia tak duduk di hospital bahagia..
Rasulullah sudah berpesan kepada umatnya supaya menanamkan matlamat hidup didalam diri didunia dan akhirat sebagai seorang umat islam yang beriman dan beramal...
.........................................................................................................................................................................
Itu lah pesanan tiga perkara asas yang sempat baginda pesankan kepada umatnya sebelum semasa baginda masih hidup.
kita sebagai umatnya yang beriman perlulah sentiasa mengigati dan menuruti pesanan tersebut sebagai panduan hidup kita disaat ini dan hari-hari akan datang..................
posted by Asri @ 10:01 PM   0 comments  
Tuesday, January 10, 2006
7 Pengorbanan Setiap Hari, Serlah Peribadi Orang Beriman

HARI Raya Korban yang diraikan hari ini mengingatkan kita kepada kemuncak ibadat yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim iaitu bersedia berkorban apa saja untuk mendapatkan keredaan Allah.

Berkorban mengandungi makna mencintai, mentaati, mengabdi, menyerahkan dan reda. Hanya hamba Allah yang bermujahadah dapat melakukan ibadat korban ini.
Falsafah korban bukan sekadar membeli kambing atau lembu untuk dipotong dan diagihkan kepada fakir miskin. Ibadat korban juga mengajak kita memperbaharui cinta kepada Allah, rasul-Nya, diri sendiri, ibu bapa, isteri, suami, anak-anak dan yang terakhir umat manusia seluruhnya.
Tujuh pengorbanan hendaklah dilakukan setiap hari dan bukan hanya setahun sekali. Tetapi, eloklah sempena Hari Raya Korban ini kita memberi ingatan kepada kepada kecintaan yang berkait rapat dengan peribadi kita sebagai orang beriman. Ia agar iman kita teruji dengan cabaran korban ini.

1. Berkorban untuk Allah.
Inilah seagung-agungnya ibadat di atas bumi. Apa saja yang Allah suka adalah amalan kita dan apa yang dibencinya adalah pantang larang bagi kita. Insan beriman hidup untuk kepentingan Allah. Dia memastikan setiap qada dan qadar Allah menjadi pilihan hidupnya, yang nikmat disyukuri dan musibah diterima dengan sabar. Tidak terlewat sedetik pun dalam hidupnya kecuali untuk beribadat kepada Allah. Makannya adalah ibadat, bekerja adalah ibadat, belajar, berhibur dan berinteraksi dengan manusia adalah ibadat baginya. Allah tidak pernah terlepas daripada ingatannya, ayunan langkahnya, gerak geri dan tindakannya, penglihatan dan pendengarannya. Semata-mata hidupnya untuk dan demi Allah.
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah Rabb sekalian alam."

2. Berkorban untuk Rasulullah.
Cinta kepada Nabi Muhammad SAW dibuktikan dengan menghidupkan sunnahnya, memperjuangkan agamanya dan hidup dalam kenangan peribadinya yang harum. Apa saja yang kita kerjakan hendaklah dipastikan adakah Rasulullah membenarkannya dan pernah mengamalkannya.
Firman Allah bermaksud:
“Apa saja yang dibawa oleh Rasul itu terimalah, apa-apa yang kamu ditegah melakukannya maka berhentilah!” (Surah al-Hasyr, ayat 7)

3. Berkorban untuk diri sendiri.
Orang yang paling berjaya adalah mereka yang banyak mengasihani diri sendiri. Lihatlah diri kita sebagai orang lain yang dengan mudah kita menemukan aibnya. Apakah yang mesti diperbaiki dan harus dipertingkatkan? Biasanya manusia lebih arif menilai kawannya berbanding dirinya sendiri. Sesungguhnya pengorbanan untuk diri sendiri adalah segala usaha yang kita lakukan untuk memperbaiki, mempertingkatkan keimanan dan kejayaan dunia dan akhirat kita.
Sabda Rasulullah bermaksud:
“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada orang mukmin yang lemah, dalam segala hal adalah kebaikan baginya. Bersemangatlah mengerjakan sesuatu yang bermanfaat bagi dirimu serta mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan lemah!” (Hadis riwayat Muslim)

4. Berkorban untuk ibu bapa.
Siapalah kita tanpa ibu bapa. Apa yang kita miliki sekarang berpunca dari mereka. Tiada mereka, maka tiadalah kita. Kita hairan masih ada yang tidak mempedulikan ibu bapa mereka. Alasan demi alasan disusun untuk mengelak daripada tanggungjawab kepada ibu bapa. Tetapi, adakah mereka berfikir pernahkah ibu bapa membiarkan mereka tanpa kasih sayang, penjagaan dan bantuan?
Daripada 'Amru bin al-'Ash bahawa Nabi bersabda:
“Dosa-dosa besar itu adalah menyekutukan Allah, menderhaka kepada orang tua, membunuh orang dan sumpah palsu.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

5. Berkorban untuk pasangan hidup.
Kasih sayang antara suami dan isteri hendaklah sentiasa disemai dalam hati masing-masing. Kekurangan yang ada pada pasangan kita jangan menjadi sebab pertelingkahan, malah seharusnya kekurangan itu menjadi agenda bersama untuk diperbaiki. Masing-masing berperanan mempengaruhi pasangannya untuk merubah diri ke arah yang lebih baik. Biarlah kasih sayang itu berpanjangan sampai ke akhirat. Sikap mengalah, sabar dan saling menghormati hendaklah menjadi amalan. Ujian dan cubaan dalam perhubungan suami isteri adalah hal biasa yang mesti dihadapi dengan sikap matang dan bertanggungjawab. Pasangan kita adalah belahan jiwa, cermin diri dan sumber kekuatan kita untuk terus berjuang dalam kehidupan ini.

6. Berkorban untuk anak-anak.
Anak adalah harta yang tidak ternilai harganya. Daripada merekalah kita mendapatkan ganjaran yang besar di sisi Allah. Pengorbanan kita mendidik dan mengajar seharusnya menjadi amalan wajib yang tak pernah ada akhirnya. Proses ini berterusan sehingga menghantarkan mereka pada kejayaan masuk ke syurga Allah. Kalau hanya setakat dapat gelaran dan kejayaan duniawi, belumlah dapat dikatakan kita berjaya mendidik mereka. Tetapi, pastikan kejayaan dan kecemerlangan itu sampai ke akhirat. Jadi jangan cepat berbangga dulu, sebelum kita pastikan mereka layak mendapat keredaan Allah. Berkorbanlah untuk kerja mendidik dan mengajar anak manusia yang memerlukan kekuatan fikiran, perasaan dan ketahanan tubuh badan. Setiap hari pasti dipenuhi dengan pelbagai kegiatan pengukuhan insan pada diri anak kita jika anda ibu bapa yang bertanggungjawab.

7. Berkorban untuk umat manusia.
Hidup menjadi tidak bermakna tanpa kesejahteraan dan keamanan. Begitu juga kerukunan dan persahabatan adalah nikmat hidup yang mesti dimiliki bersama. Tidak ada permusuhan dan persengketaan dalam perhubungan sesama insan. Sikap toleransi sesama manusia walaupun berbeza fahaman hendaklah menjadi simbol perpaduan. Setiap hari pengorbanan mesti dilakukan untuk memastikan Islam menjadi rahmatan lil 'Alamin, rahmat untuk alam seluruhnya! Dan anda menjadi mutiara yang berkilauan walaupun berada di tengah-tengah lautan yang bergelora.
FAKTA
Waktu pelaksanaan ibadat korban
  • Bermula daripada terbit matahari pada Hari Nahr (10 Zulhijah)
  • Waktu yang afdal melakukannya adalah ketika matahari naik sekadar tujuh kaki dari ufuk.
  • Berkekalan waktu korban ini hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijah.

Perkara sunat ketika korba.

  • Apabila menjelang 10 Zulhijah, tidak digalakkan empunya korban memotong rambut dan kukunya hingga dia melaksanakan ibadat korban.
  • Ketika menyembelih haiwan korban disunatkan: - Membaca Bismillahirrohmanirrahim. - Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. - Menghadapkan haiwan itu ke arah kiblat di atas rusuk kirinya. - Bertakbir sebelum membaca Bismillah dan selepasnya. - Membaca doa, maksudnya: “Ini adalah nikmat daripada-Mu dan aku mendekatkan diri kepada-Mu dengannya.”
posted by Asri @ 5:11 AM   2 comments  
Thursday, September 15, 2005
Hatiku tersentuh juga
last week aku ke KLD macam biasalah kerja part time aku sebagai fasi kat situ .
aku diarahkan handle group dari PPD muar yg terdiri daripada 19 pelajar (10tahun-12tahun) dan di iringi oleh 17 orang bapa-bapa/waris pelajar tersebut.

aku sampai di KLD lewat sikit padahari pertama tu kerana aku pergi ke UTM skudai buat cari bahan untuk aku nye tesis.

aku betul-betul terharu melihat kasih sayang dari pihak bapa-bapa tu tunjukkan kat anak-anak mereka, begitu jugak dengan anak-anak mereka. disini baru kita nampak dengan jelas kasih sayang yang tidak mampu ditampilkan oleh seorang lelaki yang bergelar bapa dirumah dapat ditonjolkan menerusi kita memecahkan tembok pemisah kasih sayang antara bapa dan anak.

oleh Dr fadhilah kamsam, beliau berkata. ' orang lelaki lah yang paling susah untuk menampilkan kasih sayang mereka terhadap orang /insan yang mereka sayang, walaupun hakikat sebenarnya beliau memang menyayangi mereka-mereka itu' ( Ibu, bapa, anak, isteri, dll insan)

anda bayangkan seorang bapa meriba kepala anak dan mengusap kepala anak, sambil di dengarkan lagu 'anak' (lebih menyentuh hati), lalu dibacakan surah Al-fatihah di telinga anak tersebut saperti mengazakan anak yang baru lepas dilahirkan kedunia, dan sibapa meneruskan dengan berdoa di tepi telinga anak tersebut supaya anaknya itu mendapat kejayaan didunia dan akhirat, bejaya dalam pelajaran, menjadi insan yang bijak dan sempurna akhlaknya,memiliki budi pekerti seperti Rasulullah, dan banyak lagi himpunan doa yang tidak ternilai banyaknya semata-mata untuk anak mereka yang disayangi itu.

selapas dari pihak bapa meriba, mengusap mencium, dan mendoakan anaknya, tiba pula giliran anak pula memangku bapa yang baring diriba mereka. Si anak akan mengusap kepala ayah mereka dan merenung muka ayah sambil memikirkan segala penat lelah si ayah yang tergambar di muka si ayah sepanjang dalam usaha membesarkan mereka sehingga kini.

kita sebagai orang dewasa yang sudah besar ini pun tidak pernah melalui saat-saat yang manis begitu dalam uisa begitu kan. terus terang kalu saya berpeluang dalam usia beginipun jika di tawarkan untuk program seumpama ini , sudah tentu saya tidak akan lepaskan nya, dan saya percaya ada orang lain juga akan mengikut jejak saya. Ini lah caranya untuk kita menunjukkan kasih sayang, menghargai dan mengenagkan jasa mereka, dan dapat meningkatkan kesedaran diri kita sendiri. tanpa mereka tiadalah kita. kita juga akan menjadi seorang bapa/ ibu kelak.----------> hadiahkanlah doa ini kepada ibu bapa kita "robbir firli waliwa lidaiya warhamhuma kama robbayani soriro".
posted by Asri @ 3:34 AM   0 comments  
Monday, July 11, 2005
Dah naik balik belajo..
sekian lama aku bercuti panjang (3 bulan lebih tu) kini aku kembali semula ke KUTKM untuk menyambung pengajian ku di semester akhir.

sekarang aku dah tak leh belajar main-main lagi macam dulu , aku kena belajar lebih baik dari sebelum ni. tapi memang la berat sikit semasa minggi pertama ni. al maklumlah aku sepanjang cuti ni aku kan kerja macam-macam termasuk lah jadi "askau" , jadi aku kena letak tepi dulu la beret & dan baju loreng aku kat tepi dulu. aku terpaksa tukar imej askar ke imej awam yang mesre rakyat balik la....... keluar baris jab. "BER.............................SURAI".

ape cite la kengkawan kat melaka ni agaknya.... sihat ke?, OK ke?, happy ke?, sembahyang ke?. tak tau eeee. cume yang dok serumah ngan aku je la yang aku tau cerita diorang.

habis la aku kena berhempas pulas dengan PSM aku balik. Ari tu cuti memang cuti betul-betul, ala aku ni kan ikut cakap dekan aku yang lama , dia kata " kita kalau cuti, kita cuti betul-betul rehatkan minda kita, dan kalau kita belajar kita belajar betul-betul kita perah minda kita". ok la aku harap aku dapat buat yang terbaik untuk semester akhir ini , aku harap sape-sape yang bace blog aku ni tolong la doa-doakan sekali kejayaan aku ye ye ye ........
posted by Asri @ 12:46 AM   0 comments  
Monday, May 09, 2005
Panjangnye Cuti Ni....
Dalam masa cuti ni aku kena bekoje la sikit tapi tak la sikit sangat, untuk nafkah diri dan anak bini ( eh dah ade ke !, belom lagi la). Tu la sebabnya kadang-kadang aku takdak masa nak up date blog aku ni. dah banyak orang tanya "Bila nak update blog". biase lah bila dah terjebak dalam dunia membelog ni kita kena selalu la jengok-jengok blog kita kang orang ingat kita ni idop lagi ke tidak. sekarang aku masih lagi hidup.......

Ape cite sekarang ni aaaa

aku sekarang ni telah tejebak dengan askar sebagai pembantu jurulatih untuk rekrut baru di kem shah alam. Bisalah kalau dah nama jurulatih tu mestilah tak cukup masa dibuatnya untuk melatih budak-budak rekrut baru ni. macam-macam perangai manusia kita boleh tengok kat sini. manusia ni bila dalam keadaan tansion dan tertekan dia mudah untuk tunjukkan sufat dia yang sebenar, disitu je kita dah boleh lihat. kalau kat KLD pun kadang-kadang kita dah boleh tengok preangai pesertanya, ni kan kat kem tentera lagi lah kita boleh lihat denagn lebih cepat dan mendalam oooooo, sampai naik syeh pun ada habis semua saka-saka datang.

tapi rekrut siri kali ini hebat-hebat belaka back ground diorang . Semuanya dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan ada sebilangannya dari orang perseorangan yang berminat dan ada 2 orang engineer dari SIRIM dan kilang. Wa selut 2 oarang engineer tu kerana sanggup tinggalkan sekejap anak bini diorang dan gaji diorang yang RM5000 lebih tu kerana minat punya pasal. tapi tak la sampai abaikan kerjaya awam diorang.

Eh cuti masih ada 2 bulan lagi ni..... apa aku nak buat lepas ni. aku 16hb may ni dah habis untuk rekrut seri 1 ni. lepas tu aku kena sambung pulak rekrut siri 2 dari Politeknik Shah Alam+ ADTEC+ CIAS pada 8hb jun . semanetara tu aku ingat nak ikut member aku turun ke laut la , nak merasa pulak kerja jadi nelayan macam cite "berlari kelangit" . baru best hidup ni kalau merasa macam-macam kerja baru luas pengalamankan. tulah perangai aku suka merantau dan merayau ......baru boleh dapat ramai kawan, nati senang kalau nak busines banyak contac
" waaa misnes maaaaaaaaa " . sekarang bukan zaman makan gaji lagi tau, macam sahabat aku Rudy dan Sham dengan=====> tangki jaya nye.." syabas tangki jawe.. eh silap tangki jaya". aku harap korang terus success ok. nati kalau korang ade lubang busines lagi jangan lupa member lain ye.....hehehehehe

ok la bye....... harap segala kalau ada salah silap harap maaf yeee ok la aku dah tak de masa ni ...

semoga gemilang "TANGKI JAYA & KEM LAMBAYAN DANAU JAYA gak"
posted by Asri @ 11:43 PM   0 comments  
Tuesday, March 29, 2005
Kembali Menjadi Askar
Sekarang aku dah start cuti 3 bulan, wah best betul tapi tak leh lupa la ngan PSM aku, still kena on gak bukan rajin on-line aje(YM la tu).

aku akan kembali seperti zaman aku muda-muda dulu. jom jadi askar!. hari tu (26&27 mac) aku dah pegi kem dah, aku dah mula bangkitkan semangat prajurit aku.. haha . squad..............squad ...sedia. tapi aku bukan askar jawa tau. kalau askar jawa dia bunyi macam ni==> "Bergerak ke kiwok bertalu-talu, ke kiwok........mumbeng.!".

Buat sementara ni aku kerja kat KLD dulu, sementara nak tunggu tarikh panggilan sampai. aku masih tak hantar lagi resume berhenti (KLD je yg terima) kat tuan tanah... heheheh melawak je.. jgn marah eeee . kang nanti kena jual, harta anta kena rampas ....hehehehe

Lepas ni aku kena buka balik aku punya buku-buku nota askar aku, kena study siot.....pasal aku kena jadi jurulatih untuk budak rekrut (17 mac - 16 april). huuuu banyak nak kena mengajar tu. kena mengajar "senjata, kawad & taktik".. aku kena bagi ajaran yang betul kat budak-budak rekrut tu..dan jangan kedekut ilmu nak turunkan kat orang bawah kita. kalau tak sampai bila-bila pun bangsa kita tak leh maju. kita kena buang sikap kedekut ilmu yang diamalkan oleh orang tua dulu-dulu, last-last ilmu tu habis kat situ je (terkubur).

Dalam masa cuti ni lah aku nak pegi kursus untuk menambah ilmu, pengalaman dan tambahkan pangkat (tu penting , tp jangan gila pangkat) . ini semua kehendak perkhidmatan.

Sejarah aku waktu aku rekrut dulu aku pernah disuruh panjat tiang teliphone, jadi kau terpaksa la panjat , sampai atas ooooo (dekat ngan wayer) . waktu aku rekrut dulu kepala memang dah botak habis dah, sapa yang pernah tengok aku waktu tu memang dia boleh gelak nye, tp bukan aku sorang je macam tu tapi semua member squad aku .. dah habis muka hitam berkilat sampai dah mengelupas kulit kepala dan muka kami waktu tu. nak mandi pon rasa pedih muka oooo.

Waktu rekrut tu aku jadi IC squad keseluruhan, jadi ape-ape pun kesalahan atau pun maklumat aku terima dulu la . memang tertekan la sikit kalau member kita buat salah kita yang kena dulu, kalau member keluar berbaris lambat kita jugak yang kena dulu. bak kata , ape pun aku lah kena dulu, tapi mental jangan "calar" . tapi last-last rekrut aku telah di anugerahkan rekrut keseluruhan terbaik. "rasa sungguh puas hati" .

macam-macam kenangan dah aku lalui masa aku jadi askar ni. tak makan, bermalam dengan pakaian basah dan berlumpur, terpijak ular, tak mandi berhari-hari, sembahyang tak tentu tempat (atas bumbung trak) bawah pokok , tengah panas, atas batu besar dalam sungai. Tapi semua ni la yang menambahkan lagi semangat aku hendak teruskan dengan kerjaya sambilan ini. walaipun aku ni anggota tentera sukarela sahaja. tapi aku dah rasa berlatih dengan askar regular . Ni membuat kan aku sedar akan keperluan yang sudah menjadi "Fardhu-kifayah" dengan penglibatan aku dalam kor askar wataniah malaysia. siapa lagi yang akan mempertahankan negara kita ini sekiranya berlaku pencerobohan musuh seperti Iraq dan Afghan. tak kan kita masih nak harapkan orang luar. masa tu orang luar akan cuba menjauhkan diri dari kita masing-masing nak menjaga tanah air masing-masing. Itu lah keperluan ilmu tentera yang kita pelajari,bukan nak menggalakkan peperangan tapi bersiap sedia memperkasakan diri. Tak kan zaman sekarang kita masih nak melawan denagn kayu, pedang, cangkul dll. sedangkan musuh serang kita dengan meriam altileri, colt M16 , Stayer AUG, GPMG , morta , APC , nuclear dll. kita kena bersiap sedia dari awal . pantang menyerah sebelum berjuang.. bak kata Karamsing Walia "biar mati di hujung pedang jangan mati kena tendang"..

ini lah yang membuatkan aku sayang hendak meninggalkan bidang ini, disebabkan kewajipan keatas diri ku. walau pun aku sudah bekerja kelak aku ingin teruskan dalam bidang ini walau pun secara sukarela. hingga aku besara...




(lagu tentera darat)
GAGAH SETIA
gagah dan setia
tabah dan perkasa
itulah cogan kata
tentera darat melaysia
gempur-gempur wira
maju-maju jaya
rela berkorban jiwa
untuk negara dan bangsa
hutan rimba lembah desa
semangat untuk perwira
jasad mungkin gugur di rimba
kami tetap gagah setia
gempur-gempur wira
maju-maju jaya
rela berkorban jiwa
untuk negara dan bangsa
...........................................................................
LAGU ASKAR WATANIAH
Ini satu harapan
dari barisan sukarelawan
penuh semangat dan keyakinan
berdiri sebagai pahlawan
mari mudadan mudi
menyahudlah seruan pertiwi
tak kira keturunan atau pun bangsa
berkhidmat dengan bangganya
kamilah sukarelawan
juga sukarela wati
kami rela berhadapan
berundur tak sekali-kali
ini azam dan janji
menjadi satu sumpahan kami
taat dan bersedia setiap masa
berkhidmat untuk negara
.......................... The End........................
posted by Asri @ 10:18 AM   0 comments  
Wednesday, March 02, 2005
Ponat lagi - MNS 2
fuh jumlah peserta 198 orang, perempuan saja dah 130 orang. diorang datang 5 buah bas ooo. hari tu aku sampai lewat sikit, baisalah aku kena sattlekan aku punya final project dulu, kalau tak aku dah nak datang malam dah pasal malam tu fakulti aku nye soicety ada buat diner..habis tu aku tinggalkan aku ye diner dan pergi kem. pak let dah suruh aku pergi awal dah tolong dia, "asri ko kena datang awal tolong aku, kangteruk aku" (kata pak let) . tak sampai hati pulak aku dengar cam tu...

malam masa nigh walk, aku biasa lah kat semak bawah pokok depan tiang talipon (port misteri aku)...malam tu bualan sangat terang la... tapi best pulak tengok bulan. aku rasa terang hati dan lapang dada kau tengok bulan..

para crew misteri lambayan danau dah stand by kat port masing-masing siap dengan costum tersendiri. Kain telekong (si Zeck), Cadar putih ( dak long), Tin biskut ( si Mr. kemang semangkuk), tu lah antara costum yang digunakan oleh para hantu KLD.

aku jadi hantu kucing je...meow.......................(suara kucing manja). aku posing duduk je, tapi dalam semak tepi jalan. bila budak datang je aku sergah bunyi " kucing gaduh" (sapa nak denagr datang KLD arrrr) dan terus tangkap kaki dia. apa lagi terus lah terlompat bebudak dan terus lari.. kalaw ada budak yang nampak macam tak takut tu aku buat bunyi kucing mengawan je... hehehe ( dah record dan boleh didapati di "koperasi" KLD)..

aku dengar citer ada fesi yang salah tegor orang. diorang ingatkan tu kereta (fighter) pak let. rupenye orang dari kem belakang daaa (DR Forest cam) .. terus fesi yang tegor tu termalukan dirinya....... fasi lain jadikan bahan gelak je laa....nasib baik aku tak de kat tempat kejadian, kalau tak mauye gelak sampai berdarah idong dibuatnye...

malam hari kedua ade icebreaking , aku kena ajar peserta 'tepuk kem' ( tepuk gitu-gitu, tepuk terima kasih, tepuk lambayan danau, tepuk pak let hansom)...aku termalu jap pada last day waktu closing. pun dengan konfidentnya cakap tepuk......macam-macam (kononya nak suruh budak tepuk la macam aku aja), lepastu budak-budak pon tepuk sekali lepastu pandang kat aku dengan muka blerrr... lepastu aku baru teringat, aku mana ada aja tepuk macam-macam. ni betul terpengaroh dengan ASTRO la ni. MACAM-MACAM ADA..................

lepas peserta semua balik je. aku macam biasa lah.. dengan geng majlis perbandaran aku (Pak D, Fendi, Lee) ge buang sampah guna mazda fighter pak let.. Habis keta tu dah jadi macam lori sampah dah.. kesian tuan tanah.... kereta dah merangkap lori sampah... takpa la nanti business dah makin maju nanti belila lori sampah satu macam majlis bandaraya pakai tu..hehehe....

dah ngan tok ni.....


Menu sulit minggu ini=====================

# Lintah goreng tepong adabi.
# Biawak masak 3 rasa.
# Katak minyak masak steam.
# Ular sawa panggang sebaris (pasal panjang)
# Tupai goreng puyuh serama.
# Kambing masak ayam.
# Ayam masak unta leher pendek.
# sayur buluh goreng belacan.
# kerabu lumut tasik.
# mengkudu cicah sambal

====================================



............................Pastikan ory!!! hapuskan lanun 'rompak cetak'!!.............................

@@@@@@@@HAK CIPTA TERPELIHARA DIBAWAH@@@@@@@@@@@

............................AKTA PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR ......................................
posted by Asri @ 11:49 AM   0 comments  
About Me

Name: Muhd Asri Zainul
Home: Sg Petani, Kedah, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Template by

Free Blogger Templates

BLOGGER